2

Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan 5S

Posted by Asmah on 10:38 AM in ,

Pada 21-23 Mei bertempat di Dewan Sri Utama 2, Kraftangan Malaysia, telah berlangsungnya kursus Pemahaman dan Pelaksanaan 5S.
Kursus tersebut dihadiri oleh wakil-wakil bahagian termasuklah dari BTM. Wakil dari BTM yang menghadiri kursus tersebut ialah En Yusrizal Ashraf bin Mohd Yunus, Puan Asmah bt Abdullah dan Puan Jasinah bt Jambari.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah berpengalaman dari INTAN dan dimulakan dengan penerangan mengenai pelaksanaan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amalkan) yang bakal dilaksanakan di Kraftangan Malaysia tidak lama lagi.



Peserta juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan aktiviti berkumpulan dijalankan supaya lebih jelas dan faham konsep 5S ini. Antara aktiviti berkumpulan yang dilakukan ialah setiap kumpulan perlu membuat jawatankuasa 5S serta polisi dan jadual pelaksanaan. Selain itu, kriteria untuk audit 5S juga dibuat bersama-sama supaya pelaksanaan 5S ini dapat direalisasikan dengan segera. Selain itu, setiap kumpulan juga diminta untuk membuat pra audit di beberapa tempat yang dipilih, di Kraftangan Malaysia sendiri supaya peserta lebih faham keadaan sebenar keperluan pelaksanaan 5S ini.

Pada hari terakhir kursus, para peserta diberikan sijil penyertaan.

Diharapkan dengan permulaan kursus sebegini , dapat membantu anggota kerja lebih memahami konsep dan pelaksanaan 5S.
Kraftangan Malaysia boleh!!

0

Slaid Keselamatan ICT

Posted by syafiq on 10:53 AM
Muat turun Slaid Keselamatan ICT untuk rujukan


kredit - HASFARIZAN BIN ABU BAKAR / hasfarizan@kpkk.gov.my


1

Apa itu SPAM?

Posted by syafiq on 4:15 PM in

SPAM atau biasa disebut sebagai Junk Mail atau unsolicited bulk email (UBE), adalah email yang tidak diinginkan oleh pengguna akaun e-mel dalam bentuk surat, Instant Messaging, Usenet, newsgroup, scam, blog, iklan dan sebagainya. SPAM tidak diinginkan oleh pengguna komputer kerana ia biasanya berisi iklan dari perusahaan yang mengganggu keselesaan para pengguna web/e-mel. Kebiasaannya, SPAM dirasakan mengganggu apabila jumlah e-mel yang diterima adalah dalam jumlah yang banyak, sama atau hampir sama dan sentiasa berulang-ulang.

Kesan kemasukan SPAM

1.     Terbuang nya masa semata-mata untuk menghapus e-mel SPAM yang banyak.
2.   Mengakibatkan ruang inbox menjadi penuh, secara tak langsung menghalang kemasukan e-mel yang sah.
3.     Hard disk server menjadi penuh, mengakibatkan mail server tidak dapat menerima email lainnya.
4.    Menambahkan penggunaan Bandwidth talian internet, secara tak langsung menyebabkan talian menjadi semakin perlahan.
5.     Kemungkinan adanya Virus, Worms atau Trojan yang menyusup di dalam email SPAM (contoh; sebagai lampiran), boleh mengakibatkan kehilangan atau kebocoran maklumat seperti nombor Kad Kredit atau ID dan kata laluan sesuatu akaun. Akaun e-mel yang terdedah kepada Virus, Worms atau Trojan dari e-mel Spam juga mampu menduplikasikan SPAM-SPAM tersebut secara automatik dan menyebarkannya pula kepada senarai alamat e-mel yang ada di dalam Address book milik akaun e-mel yang dijangkiti.
6.     Mengklik pada pautan yang ada dalam e-mel SPAM boleh membawa pengguna ke laman web Phishing atau laman web yang menyimpan Malware.
7.     SPAM merupakan satu medium untuk  fraudsters menipu pengguna e-mel supaya memasukkan maklumat peribadi dalam  laman web palsu melalui e-mel yang direka kelihatan seakan-akan ianya dihantar oleh pihak bank atau organisasi, contohnya Maybank2u, PayPal. Kaedah inilah yang dinamakan phishing.

Kaedah mengatasi SPAM

Pada dasarnya kita tidak mampu menghapuskan SPAM. Sehingga kini belum ada kaedah yang paling berkesan untuk menghilangkan SPAM 100% tetapi terdapat beberapa cara untuk menghalang dan mengurangkan kemasukannya. Kaedah yang banyak digunakan waktu ini adalah dengan mengaplikasikan teknologi penapisan SPAM, dipanggil Antispam. Aktifkan juga perisian Antivirus dan personal Firewall pada PC. Kebanyakan SPAM yang mengandung virus atau Trojan dapat mengganggu sistem dan fail dalam PC dan jaringan rangkaian.

Terdapat 2 situasi kebiasaannya wujud apabila Antispam digunakan. Sama ada e-mel yang sah dihalang dari diterima atau e-mel spam yang tidak ditapis kerana dianggap sebagai sah. Kedua-dua situasi ini dikenali sebagai False Positive dan False Negative.

Penapisan secara manual / individu (Menggunakan E-mel Warkah)

Langkah 1
Sekiranya masih terdapat SPAM yang memasuki inbox (False Negative), pengguna e-mel boleh mengaktifkan penapisan secara individu dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

Pilih e-mel yang dianggap sebagai SPAM dengan meng’highlight’ pada ruang seperti gambar rajah di bawah:



Dengan kaedah ini, e-mel sama yang akan diterima nanti akan dipindahkan ke dalam Folder Junk secara automatik dan disimpan selama 7 hari. Selepas 7 hari, e-mel tersebut akan dibuang secara automatik. Tempoh ditetapkan bagi memastikan pengguna boleh memeriksa semula e-mel SPAM tersebut sekiranya terdapat e-mel yang dianggap berguna.

Seterusnya, pengguna boleh menghalang terus kemasukan e-mel SPAM dan e-mel lain yang tidak dikehendaki dengan menggunakan kaedah di bawah:

Langkah 2
1.     Login ke akaun e-mel.

2.     Klik Preferences


3.     Klik Mail



4.     Scroll down ke bawah. Lihat pada Spam Mail Options. Pada bahagian ‘Block messages from:’ isikan alamat e-mel SPAM dalam ruang yang disediakan dan tekan butang Add.


5.     Tekan butang Save


6.     Selesai.

7.     Seandainya selepas mengaktifkan Langkah 2, didapati masih ada e-mel SPAM yang berjaya memasuki inbox pengguna, sila maklumkan kepada Pentadbir E-mel dengan meng’forward’kan e-mel SPAM tersebut kepada:

zulhelmi[at]kraftangan.gov.my
diana[at]kraftangan.gov.my 


PHISHING

Contoh 1
Di bawah adalah contoh paparan e-mel phishing, kononnya dihantar oleh pihak bank.



Perhatikan yang:
1.     Sebenarnya (1) bukan hyperlink atau tulisan tapi sebenarnya gambar.

2.     Bila pengguna gerakkan mouse (cursor)  ke (1), pengguna akan dapati alamat laman web https://update.bankofamerica.com  (1) tidak sepadan dengan alamat laman web yang tertera pada taskbar bertanda (2).

3.     Logo di (3) adalah 100% benar dan boleh diletakkan di situ dengan cara copy-paste daripada website sebenar.

Contoh 2



Contoh 3


Kebiasaannya apabila pengguna mengelik pada hyperlink yang diberikan, pengguna akan di bawa ke laman seperti gambar di bawah (Contoh 4).


Contoh 4


Gambar di atas menunjukkan antara muka untuk Login ke portal online banking maybank2u.com, namun apabila diperhatikan pada alamat url yang tertera pada address bar adalah tenisklinik.com/mbb/Security/Access.php

Mohon berhati-hati.


Subscribing E-mel

Terdapat banyak e-mel iklan dan promosi yang memasuki inbox pengguna disalah anggap sebagai SPAM. Selalunya e-mel iklan ini diterima disebabkan pengguna pernah mengisi apa-apa borang pendaftaran online di internet (yang mana kebiasaannya meminta pengguna mengisi alamat e-mel sendiri pada borang), secara tak langsung akan menerima e-mel update/promosi terkini secara mingguan atau bulanan (mailing). Sekiranya pengguna merasa e-mel tersebut tidak penting serta ingin menghalang daripada diterima lagi, pengguna hanya perlu klik butang/hyperlink Unsubscribe dan mengisi alamat e-mel pengguna dalam ruang yang disediakan sekiranya diminta. Selepas tempoh tertentu, pengguna tidak akan menerima lagi e-mel sedemikian.


Selepas Unsubscribe, pengguna akan dimaklumkan seperti mana di bawah



Contoh 2


Contoh 3



Email dari postmaster@kraftangan.gov.my mengenai Quota warning.

Seandainya pengguna menerima e-mel yang dihantar oleh Postmaster sebagaimana gambar di bawah, diingatkan bahawa ini bukanlah e-mel SPAM. Ia sebenarnya adalah e-mel yang dijana secara automatik oleh sistem bagi memberi peringatan tentang sesuatu perkara mustahak berkenaan akaun e-mel masing-masing, spt Your mailbox size has reached 1983.60MB, which is over 90% of your 2048.00MB quota.  Please delete some messages to avoid exceeding your quota. Maka dipohon anggota kerja membuat pembersihan dengan mendelete fail2 yg tidak lagi diperlukan dan perlu mengosongkan trash

Contoh, peti inbox yang hampir penuh.







0

Mesyuarat BTM 15 Mei 2013

Posted by syafiq on 10:25 AM
BTM telah mengadakan mesyuarat bahagian yang dipengerusikan oleh Pengarah BTM, En Ahzarisham Ahmad. Mesyuarat ini bermula pada pukul 10.00 pagi. Agenda mesyuarat kali ini ialah bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan IT. 





0

Mesyuarat BTM 5 Mac 2013

Posted by syafiq on 9:29 AM
BTM telah mengadakan mesyuarat bahagian di Bilik Persidangan IT pada 5 Mac 2013 jam 9.00 pagi. Agenda kali ini adalah untuk membincangkan mengenai isu Bahagian dan masalah-masalah berkaitan IT di Kraftangan Malaysia.








0

Hari ICT KPKK

Posted by Asmah on 4:26 PM in ,








Bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya, Hari ICT peringkat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) diadakan yang melibatkan semua agensi di bawah KPKK. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dan mendapat sambutan yang menggalakkan  dari warga KPKK.

Pameran ICT dari semua agensi turut memeriahkan Hari ICT dengan pameran teknologi terkini yang digunapakai di setiap agensi masing-masing. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri KamaruddinSiaraf, Ketua Setiausaha KPKK dan disusuli dengan persembahan multimedia dan juga gimik pelancaran. Seterusnya majlis penyampaian tiga anugerah olehYang Berbahagia Dato’ Sri KamaruddinSiaraf kepada jabatan dan agensi iaitu :

1.      Pengemaskinian  Kandungan Portal/Laman Web RasmiKPKK dan Jabatan/Agensi
2.      Pelaksanaan Sistem Pengurusan Aset
3.      Penarafan 5 Bintang Portal/Laman Web Rasmi KPKK dan Jabatan/ Agensi

Kraftangan Malaysia turut mendapat ketiga-tiga piala bagi anugerah tersebut.Majlis pada sebelah petang disambung dengan seminar ICT  TheRoleof SKMM in CyberSecurity oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Landskap Keselamatan Siber 2012 Perspektif Malaysia oleh Cyber Security,Rahsia Perniagaan di eBay oleh NS Consultation And Management (NSCM) dan Media Sosial sebagai Medium Pemasaran olah MDeC.

Memeriahkan Hari ICT, 70 hadiah cabutan bertuah disediakan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya 10 buah komputer riba dan pelbagai hadiah ICT yang lain. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang dan diharapkan majlis sebegini akan diadakan lagi untuk memartabatkan ICT selaras dengan tema pada tahun ini ICT Pemangkin Ke Arah Merakyatkan Perkhidmatan Awam.




0

How Googles Works

Posted by Asmah on 8:47 AM in


0

Sesi Perkongsian Ilmu

Posted by Asmah on 9:53 AM in


Pada 23 Oktober yang lepas, satu sesi perkongsian ilmu telah diadakan dikalangan warga BTM oleh Puan Zurina. Beliau telah menghadiri kursus pangkalan data selama 2 minggu di INTAN TENGAH pada minggu sebelumnya. Sedikit sebanyak ilmu yang beliau perolehi sepanjang berkursus telah dikongsikan bersama rakan sekerja. Semoga masing-masing mendapat manfaatnya.

0

Apa itu Dropbox

Posted by syafiq on 2:50 PM in ,




Assalamualaikum dan salam sejahtera!



Jadi tajuk hari ini berkaitan dengan apa itu Dropbox dan macam mana nak guna?



Apa itu Dropbox ?


Secara ringkasnya, Dropbox merupakan satu perisian percuma yang bertindak macam "poket doraemon".. iaitu tempat untuk anda simpan barang.. kenapa kami cakap macam poket doraemon, sebab kalau anda install software ni dekat dalam komputer atau laptop atau smart phone, anda boleh view file yang anda simpan dalam tu.. 

Contohnya, anda masukkan folder gambar perkahwinan anda dalam Dropbox yang telah anda install di komputer rumah, dan anda balik kampung dengan sebuah laptop yang anda sudah ada Dropbox, anda boleh kongsikan gambar tersebut dengan keluarga di kampung, tanpa perlu membawa salinan bersama..


Dropbox juga boleh digunakan jika anda nak share folder dalam Dropbox  anda dengan kawan-kawan anda.. sebab nak hantar file yang 64MB guna email, memang tak lepas.. nak sewa server.. server mahal pulak, semata-mata nak guna untuk share folder je..



Macam mana install Dropbox?


  1. Mula-mula download Dropbox kat [SINI].
  2. Run file yang telah anda download dan ikut proses langkah demi langkah
  3. Register account dan anda perlu ingat emel dan kata laluan anda


Macam mana nak guna Dropbox?


  1. Selepas install.. anda akan nampak ada ikon Dropbox di tray bawah di sebelah kanan sebelah jam.
  2. Jikalau ikon itu ada simbol refresh warna biru, maksudnya file sedang di sync/upload
  3. Anda boleh rollover mouse anda di situ untuk mengetahui status file anda
  4. Jikalau ikon itu ada simbol tanda right warna hijau, ini bermaksud file anda sudah di sync/download..


Untuk simpan file tanpa ingin anda share dengan orang lain, anda boleh cipta folder dalam Dropbox, dan letakkan file dalam folder tersebut..



Dan kalau anda nak share dengan orang lain, anda klik kanan dekat folder anda dan pilih Dropbox > share this folder...





0

Dasar Keselamatan ICT (DKICT)

Posted by syafiq on 11:41 AM

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.