0

Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2014

Posted by Asmah on 10:13 AM


0

Selamat memulakan tugas TKP (O) yang baru

Posted by Asmah on 9:56 AM

 Tahniah kepada Puan Zuraida bt Mokhtar, yang baru dilantik menjadi Timbalan Ketua pengarah (Operasi ) yang baru menggantikan En Ramli Mohd Noor yang telah pencen. Puan Zuraida sebelum ini menjadi pengarah di Institut Kraf Negara kini diberi amanah baru bermula 2 Oktober 2014 untuk menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) yang mana bertanggungjawab kepada bahagian-bahagian sokongan termasuk Bahagian Teknologi Maklumat. Tahniah Puan Zu

0

Kursus Blogspot Usahawan Kraf

Posted by syafiq on 11:03 AM in
Kursus Blogspot Usahawan Kraf diadakan pada 5 Jun 2014 (khamis) di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Bangunan Seri Utama. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Usahawan dan dibantu oleh Bahagian Teknologi Maklumat. Tenaga pengajarnya adalah Encik Muhammad Syafiq Bin Ishak daripada Bahagian Teknolgi Maklumat manakala seramai 4 orang usahawan telah menghadiri kursus ini.


0

Hari Kraf Kebangsaan 2014

Posted by Asmah on 4:56 PM in


0

Promosi Kraf Malaysia @ Angsana Johor Bahru Mall

Posted by Asmah on 9:07 AM


0

Bagaimana Membuat Salinan Pendua Untuk Data Digital Anda?

Posted by syafiq on 8:20 AM in
Dengan arena digital yang semakin luas digunakan ramai, ia juga sekaligus menjadikan ramai menyimpan data di komputer, pelayan web, mahupun perkhidmatan awan.

Data Komputer

Pertama sekali, salah satu data utama yang perlu dibuat salinan pendua adalah semestinya fail dan data pada komputer anda. Pada hari ini, semua sistem operasi mempunyai sokongan membuat salinan pendua secara automatik, termasuk pada Windows, dan juga Mac OS X.

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai aplikasi dan perisian yang membantu dalam usaha untuk memudahkan tugasan anda membuat salinan pendua. Antaranya adalah termasuk EaseUS Todo Backup Free dan juga Macrium Reflect Free.



Google

Untuk perkhidmatan Google, para pengguna boleh menggunakan Google Takeout, dan memuat-turun pelbagai data peribadi mereka daripada perkhidmatan dan produk Google, termasuk daripada Blogger dan juga YouTube.

Layari : Google Takeout
Twitter

Twitter menyediakan kemudahan untuk pengguna memuat-turun arkib Tweet mereka, dan menyimpannya untuk digunakan ataupun dilayari menggunakan komputer mereka, walaupun tanpa akses internet.

Layari halaman tetapan > Tatal sehingga penghujung bawah halaman > Klik pada butang arkib Twitter.
iOS

Pengguna iOS boleh menyambungkan peranti mereka ke komputer, dan seterusnya membuat salinan pendua dengan menggunakan perisian iTunes.

BlackBerry & Windows Phone

Sama seperti pengguna iOS, untuk Windows Phone pengguna boleh menggunakan Zune, manakala untuk BlackBerry pula boleh menggunakan BlackBerry Link.

Peranti Samsung

Untuk peranti daripada Samsung, pengguna boleh menggunakan perisian Samsung Kies yang ditawarkan secara percuma oleh pihak Samsung.

Muat-Turun Samsung Kies
Facebook

Sama seperti Twitter, pihak Facebook juga membolehkan pengguna memuat-turun arkib data mereka melalui halaman tetapan akaun.

Layari halaman tetapan > Klik pada pautan untuk memuat-turun data Facebook pada bahagian kanan

Android

Untuk Android, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan kebolehan untuk membuat salinan pendua data, termasuk membolehkan pengguna membuat salinan SMS dan buku alamat mereka. Pengguna juga turut sama boleh menyambungkan peranti mereka ke komputer, dan membuat salinan pendua untuk data-data dan fail yang disimpan pada peranti mereka.

Sudahkah Anda Backup?

Jadi, itu adalah cara-cara ringkas untuk membuat salinan pendua data-data anda di perkhidmatan berasaskan web, mahupun pada peranti dan komputer anda.

(sumber artikel : amanz.my)

0

Perpindahan Cawangan Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan

Posted by Asmah on 11:36 AM in



0

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 56 dan Hari Malaysia ke 50

Posted by Asmah on 11:23 AM in



0

Selamat Pengantin Baru Anis!!

Posted by Asmah on 10:37 AM in
Tahniah diucapkan kepada anggota kerja BTM iaitu Mohd Anis yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangan beliau pada 1 Jun 2013 yang lepas di Temerloh Pahang.

Majlis  akad nikah pula telah diadakan sehari sebelumnya.




Sama cantik, sama padan. Tahniah dan selamat menempuhi alam rumahtangga. Majlis belah lelaki akan diadakan pada akhir bulan Jun nanti. Nantikan jemputan dari pengantin ye.


2

Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan 5S

Posted by Asmah on 10:38 AM in ,

Pada 21-23 Mei bertempat di Dewan Sri Utama 2, Kraftangan Malaysia, telah berlangsungnya kursus Pemahaman dan Pelaksanaan 5S.
Kursus tersebut dihadiri oleh wakil-wakil bahagian termasuklah dari BTM. Wakil dari BTM yang menghadiri kursus tersebut ialah En Yusrizal Ashraf bin Mohd Yunus, Puan Asmah bt Abdullah dan Puan Jasinah bt Jambari.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah berpengalaman dari INTAN dan dimulakan dengan penerangan mengenai pelaksanaan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amalkan) yang bakal dilaksanakan di Kraftangan Malaysia tidak lama lagi.



Peserta juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan aktiviti berkumpulan dijalankan supaya lebih jelas dan faham konsep 5S ini. Antara aktiviti berkumpulan yang dilakukan ialah setiap kumpulan perlu membuat jawatankuasa 5S serta polisi dan jadual pelaksanaan. Selain itu, kriteria untuk audit 5S juga dibuat bersama-sama supaya pelaksanaan 5S ini dapat direalisasikan dengan segera. Selain itu, setiap kumpulan juga diminta untuk membuat pra audit di beberapa tempat yang dipilih, di Kraftangan Malaysia sendiri supaya peserta lebih faham keadaan sebenar keperluan pelaksanaan 5S ini.

Pada hari terakhir kursus, para peserta diberikan sijil penyertaan.

Diharapkan dengan permulaan kursus sebegini , dapat membantu anggota kerja lebih memahami konsep dan pelaksanaan 5S.
Kraftangan Malaysia boleh!!

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.