0

Kursus Blogspot Usahawan Kraf

Posted by syafiq on 11:03 AM in
Kursus Blogspot Usahawan Kraf diadakan pada 5 Jun 2014 (khamis) di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Bangunan Seri Utama. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Usahawan dan dibantu oleh Bahagian Teknologi Maklumat. Tenaga pengajarnya adalah Encik Muhammad Syafiq Bin Ishak daripada Bahagian Teknolgi Maklumat manakala seramai 4 orang usahawan telah menghadiri kursus ini.

Objektif Kursus ini adalah bagi menggalakkan Usahawan Kraf berkecimpung dalam media sosial. Ini dapat membantu usahawan kraf dalam memperkenalkan produk-produk mereka di alam maya. Secara tidak langsung dapat memperkenalkan Kraftangan Malaysia dan meningkatkan populariti usahawan kraf di peringkat antarabangsa.





0 Comments

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.