0

Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia 2011

Posted by hafizsabri on 12:54 PM

Penganjuran hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia untuk tahun 2011 akan diadakan pada 12 Julai serentak seluruh negara kecuali Cawangan Negeri Sarawak akan diadakan pada 22 Julai dan Cawangan Negeri Pulau Pinang pada minggu pertama bulan Oktober 2011.

Tujuan penganjuran Hari Bertemu Pelanggan ini adalah :

1. Mendapat maklum balas pelanggan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia ; dan

2. Mendapatkan cadangan bagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan serta peningkatan mutu perkhidmatan Kraftangan Malaysia.

Usahawan kraf seluruh negara dijemput untuk bersama-sama hadir pada Hari Bertemu Pelanggan ini. Kunjungi Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri yang terdekat.


Links to this post
0

Apa itu Koobface (Virus Semut) ?

Posted by faizullah on 9:27 AM in ,

Koobface juga disebut sebagai Facebook worm, Myspace worm atau Facebook virus adalah sejenis worm yang menyebar melalui pesanan-pesanan di social networking seperti Facebook dan MySpace. Worm ini mampu menyusup ke PC kita dan kemudian mereplikasi dan menjangkiti semua file yang ada dalam harddisk. Beza antara worm dan virus, jika virus biasanya akan menempel di file-file yang ada dalam computer kita, sedangkan worm akan menghapus file yang ada dan membuat file tiruan yang sudah terinfeksi. Hebatnya lagi worm ini mampu mengirim email automatik dari PC yang sudah terinfeksi ke PC lainnya untuk menyebar.

Bagaimana Virus bertindak?

Biasanya virus ini menyebar melalui message menggunakan account teman kita di facebook, seolah-olah teman kita sedang mengirimkan sebuah link foto atau video. Kadang-kadang disertai ayat-ayat yang memerangkap seperti “you look funny in this video” atau “you look so stupid in this pic“. Atau berisi nama dan isu-isu oang terkenal yang lagi hangat. Misalnya yang terbaru adalah menyebar melalui link video bernama Obama atau yang berbau fornografi. Dan jika kita klik link untuk membuka video yang kita sangka dikirim oleh teman kita, sebuah player video akan muncul tapi video yang ada tidak akan berjalan dan kita diminta untuk mendownload sebuah codec atau harus melakukan update video player agar bisa memainkan video yang ada. Ketika kita mengikuti perintah yang ada dan mengklik link update video/flash player, sepertinya kita sedang mendownload sebuah file flash_player.exe, padahal sebetulnya kita sedang mendownload sebuah file worm atau Trojan yang bernama codecsetup.exe atau tinyproxy.exe. File inilah yang akan menyerang dan mengjangkiti seluruh file dan system di komputer kita.


Contoh - contoh "umpan" penyebaran Virus Koobface:

Link pada Messages

Link dengan kata kunci dan gambar yang "Hangat"

Link untuk menaiktaraf "Video Player"

Cara Remove Koobface.


Incase komputer kita sudah ditembusi koobface, cara paling mudah untuk me-removekan worm ini adalah dengan menggunakan software antispyware. Dan kalau kita menggunakan anti spyware ataupun anti virus jangan lupa untuk selalu melakukan update, karana worm ini juga sering di update oleh syarikat anti-virus tersebut.

Kredit kepada Blog Bujang Susah untuk artikel asal.

Links to this post
0

Toshiba Melancarkan Komputer Riba Terbaru

Posted by Asmah on 9:43 AM in ,
bergambar bersama wakil TOSHIBA
Pada 10 Mei yang lalu, bertempat di Hotel Prince Kuala Lumpur. Majlis pelancaran tiga jenis laptop terbaru keluaran Toshiba diadakan. Lima orang wakil dari BTM telah menghadiri majlis pelancaran tersebut iaitu En Zulhelmi, En Hafiz, En Anis, Pn Syamsiah dan Pn Asmah turut bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Majlis yang bermula dengan pendaftaran pada jam 6 petang, setiap tetamu diberikan goodies bag yang berisi flash drive dengan kapasiti 4 GB jenama TOSHIBA..memang sangat menarik cenderahati kali ini :)
cenderahati dari TOSHIBA
Setelah semua tetamu berkumpul, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari wakil TOSHIBA, seterusnya majlis diteruskan dengan acara pelancaran produk. Pada pelancaran kali ini, 3 buah laptop dilancarkan yang mana setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing. Satelite,Tecra dan Portege merupakan nama bagi ketiga-tiga model yang dilancarkan.
Majlis kemudian diteruskan dengan majlis makan malam yang mana makanannya sangat-sangat menyelerakan. Terima Kasih kepada Toshiba dan Prince Hotel :)


Sebelum majlis berakhir, acara terakhir iaitu acara kemuncak pada majlis makan malam tersebut iaitu cabutan bertuah :). Hadiah yang disediakan agak lumayan, iaitu sebuah laptop model Tecra iaitu produk yang baru dilancarkan pada malam tersebut. Dengan tidak disangka-sangka, hadiah tersebut telah berpihak kepada wakil dari Kraftangan Malaysia iaitu Pn Syamsiah. Tahniah

Links to this post
0

Selamat Pengantin Baru untuk Hafiz dan isteri

Posted by Asmah on 9:39 AM in
Warga BTM mengucapkan selamat pengantin baru kepada Mohd Hafiz Sabri dan pasangannya yang baru selamat disatukan baru-baru ini. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.



Links to this post
0

Blok alamat IPv4 global telah habis digunakan

Posted by Asmah on 12:37 PM
Blok alamat IPv4 global telah habis digunakan pada Khamis, 3 Februari 2011. Pada hari tersebut, pihak IANA (The Internet Assigned Numbers Authority) telah mengagihkan lima blok terakhir /8 kepada setiap Regional Internet Registry (RIR).

Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh diperolehi daripada laman web APNIC berikut:

Perkara ini telah membuktikan bahawa kehausan alamat IPv4 bukanlah lagi satu mitos serta menyebabkan keperluan IPv6 menjadi semakin kritikal. Sehubungan dengan itu, pihak kami menyarankan agar Sektor Awam memulakan persediaan dan pelaksanaan IPv6 dengan kadar segera untuk memastikan peralihan terhadap IPv6 dapat berjalan dengan lancar.


Links to this post
0

5MB Hard Disk In 1956!

Posted by Asmah on 11:37 AM in
Its a hard disk in 1956.... The Volume and Size of 5MB memory storage in 1956. In September 1956 IBM launched the 305 RAMAC, the first computer with a hard disk drive (HDD). The HDD weighed over a ton and stored 5MB of data. Let us start appreciating your 4 GB jump drive!


source : http://popular-pics.com/Cool_Picture_Of_A_5MB_Hard_Disk_In_1956

Links to this post
2

selamat menjalani latihan praktikal

Posted by hafizsabri on 10:31 AM
pada 10 hb Januari, BTM telah menerima seorang ahli keluarga baru iaitu pelajar praktikal, Mohamad Dalalah dari Universiti Kuala Lumpur. Harapan kami, semoga anda dapat sesuaikan diri dengan suasana baru.

Links to this post

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.