0
Kaunter Media Sosial Usahawan Kraf @ PKK 2012
Sempena Promosi Kerja Kahwin 2012 yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dari 20 Jun - 2 Julai 2012, Unit Pembangunan Sistem dan Pangkalan Data BTM telah membuka kaunter media sosial sebagai alternatif untuk membantu usahawan-usahawan kraf membuka akaun facebook, twitter dan juga emel untuk membantu mereka membuat pemasaran produk-produk kraf menggunakan rangkaian media sosial.
Petugas-petugas dari bahagian IT akan bergilir-gilir bertugas di kaunter sepanjang promosi ini berlangsung. Bagi yang ingin mendapatkan keterangan lanjut..kunjungi kami di kaunter media sosial. Kami sedia membantu anda :)
*live update dari kaunter :)
*live update dari kaunter :)