Showing posts with label acara. Show all posts
Showing posts with label acara. Show all posts
0

Hari Kraf Kebangsaan 2014

Posted by Asmah on 4:56 PM in


2

Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan 5S

Posted by Asmah on 10:38 AM in ,

Pada 21-23 Mei bertempat di Dewan Sri Utama 2, Kraftangan Malaysia, telah berlangsungnya kursus Pemahaman dan Pelaksanaan 5S.
Kursus tersebut dihadiri oleh wakil-wakil bahagian termasuklah dari BTM. Wakil dari BTM yang menghadiri kursus tersebut ialah En Yusrizal Ashraf bin Mohd Yunus, Puan Asmah bt Abdullah dan Puan Jasinah bt Jambari.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah berpengalaman dari INTAN dan dimulakan dengan penerangan mengenai pelaksanaan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amalkan) yang bakal dilaksanakan di Kraftangan Malaysia tidak lama lagi.



Peserta juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan aktiviti berkumpulan dijalankan supaya lebih jelas dan faham konsep 5S ini. Antara aktiviti berkumpulan yang dilakukan ialah setiap kumpulan perlu membuat jawatankuasa 5S serta polisi dan jadual pelaksanaan. Selain itu, kriteria untuk audit 5S juga dibuat bersama-sama supaya pelaksanaan 5S ini dapat direalisasikan dengan segera. Selain itu, setiap kumpulan juga diminta untuk membuat pra audit di beberapa tempat yang dipilih, di Kraftangan Malaysia sendiri supaya peserta lebih faham keadaan sebenar keperluan pelaksanaan 5S ini.

Pada hari terakhir kursus, para peserta diberikan sijil penyertaan.

Diharapkan dengan permulaan kursus sebegini , dapat membantu anggota kerja lebih memahami konsep dan pelaksanaan 5S.
Kraftangan Malaysia boleh!!

0

Hari ICT KPKK

Posted by Asmah on 4:26 PM in ,








Bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya, Hari ICT peringkat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) diadakan yang melibatkan semua agensi di bawah KPKK. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dan mendapat sambutan yang menggalakkan  dari warga KPKK.

Pameran ICT dari semua agensi turut memeriahkan Hari ICT dengan pameran teknologi terkini yang digunapakai di setiap agensi masing-masing. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri KamaruddinSiaraf, Ketua Setiausaha KPKK dan disusuli dengan persembahan multimedia dan juga gimik pelancaran. Seterusnya majlis penyampaian tiga anugerah olehYang Berbahagia Dato’ Sri KamaruddinSiaraf kepada jabatan dan agensi iaitu :

1.      Pengemaskinian  Kandungan Portal/Laman Web RasmiKPKK dan Jabatan/Agensi
2.      Pelaksanaan Sistem Pengurusan Aset
3.      Penarafan 5 Bintang Portal/Laman Web Rasmi KPKK dan Jabatan/ Agensi

Kraftangan Malaysia turut mendapat ketiga-tiga piala bagi anugerah tersebut.Majlis pada sebelah petang disambung dengan seminar ICT  TheRoleof SKMM in CyberSecurity oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Landskap Keselamatan Siber 2012 Perspektif Malaysia oleh Cyber Security,Rahsia Perniagaan di eBay oleh NS Consultation And Management (NSCM) dan Media Sosial sebagai Medium Pemasaran olah MDeC.

Memeriahkan Hari ICT, 70 hadiah cabutan bertuah disediakan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya 10 buah komputer riba dan pelbagai hadiah ICT yang lain. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang dan diharapkan majlis sebegini akan diadakan lagi untuk memartabatkan ICT selaras dengan tema pada tahun ini ICT Pemangkin Ke Arah Merakyatkan Perkhidmatan Awam.




0

Kaunter Media Sosial Usahawan Kraf @ PKK 2012

Posted by Asmah on 1:30 PM in ,



Sempena Promosi Kerja Kahwin 2012 yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dari 20 Jun - 2 Julai 2012, Unit  Pembangunan Sistem dan Pangkalan Data BTM telah membuka kaunter media sosial sebagai alternatif untuk membantu usahawan-usahawan kraf membuka akaun facebook, twitter dan juga emel untuk membantu mereka membuat pemasaran produk-produk kraf menggunakan rangkaian media sosial.

Petugas-petugas dari bahagian IT akan bergilir-gilir bertugas di kaunter sepanjang promosi ini berlangsung. Bagi yang ingin mendapatkan keterangan lanjut..kunjungi kami di kaunter media sosial. Kami sedia membantu anda :)

*live update dari kaunter :)

0

Toshiba Melancarkan Komputer Riba Terbaru

Posted by Asmah on 9:43 AM in ,
bergambar bersama wakil TOSHIBA
Pada 10 Mei yang lalu, bertempat di Hotel Prince Kuala Lumpur. Majlis pelancaran tiga jenis laptop terbaru keluaran Toshiba diadakan. Lima orang wakil dari BTM telah menghadiri majlis pelancaran tersebut iaitu En Zulhelmi, En Hafiz, En Anis, Pn Syamsiah dan Pn Asmah turut bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Majlis yang bermula dengan pendaftaran pada jam 6 petang, setiap tetamu diberikan goodies bag yang berisi flash drive dengan kapasiti 4 GB jenama TOSHIBA..memang sangat menarik cenderahati kali ini :)
cenderahati dari TOSHIBA
Setelah semua tetamu berkumpul, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari wakil TOSHIBA, seterusnya majlis diteruskan dengan acara pelancaran produk. Pada pelancaran kali ini, 3 buah laptop dilancarkan yang mana setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing. Satelite,Tecra dan Portege merupakan nama bagi ketiga-tiga model yang dilancarkan.
Majlis kemudian diteruskan dengan majlis makan malam yang mana makanannya sangat-sangat menyelerakan. Terima Kasih kepada Toshiba dan Prince Hotel :)


Sebelum majlis berakhir, acara terakhir iaitu acara kemuncak pada majlis makan malam tersebut iaitu cabutan bertuah :). Hadiah yang disediakan agak lumayan, iaitu sebuah laptop model Tecra iaitu produk yang baru dilancarkan pada malam tersebut. Dengan tidak disangka-sangka, hadiah tersebut telah berpihak kepada wakil dari Kraftangan Malaysia iaitu Pn Syamsiah. Tahniah

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.