Salam Ramadhan
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pengunjung blog BTM. Dikesempatan ini, kami semua ingin mengucapkan selamat berpuasa, semoga puasa kita mendapat keberkatan dariNya.Amin..
Sekadar berkongsi dan ingat mengingati..disini dikongsikan niat puasa dan doa berbuka puasa.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Lafaz Niat Puasa Sebulan
Doa Berbuka Puasa
Selamat bersahur, berbuka dan selamat beramal..
:)
Tahniah
Semoga dengan lantikan ini, anda berdua lebih bersemangat untuk bekerja lebih keras lagi..
tahniah dari kami semua warga BTM
Selamat Pengantin Baru..Aizat
Sama segak, sama cantik..sama padan..tahniah kepada anggota kerja BTM iaitu Khairul Aizat b. Mohd Noh yang telah melangsungkan perkahwinan pada 4 Julai 2010 di Kajang. Majlis sebelumnya, pada 26 hb Jun di Perak iaitu di rumah pengantin perempuan, juga telah selamat berlangsung. Ramai kawan-kawan yang datang untuk turut meraikan bersama hari bahagia kedua-dua mempelai. Tahniah Aizat dan isteri.
**gambar diambil dari facebook aizat..
Raikan Hari Keluarga Kraftangan Malaysia
Acara diakhiri dengan acara makan durian, khabarnya sebanyak 300 biji durian berjaya dikorbankan oleh warga Kraftangan.
Semoga acara begini akan diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang dan akan mendapat sambutan yang lebih hangat lagi dari warga kraftangan.
Pindah..pindah
Kerja-kerja mengemas memakan masa 2-3 hari..
Bermula bulan Julai, kami mula bertugas di tempat baru, jiran-jiran baru..yang pasti walau dimana IT ditempatkan, kami tetap happening...hehe
Selamat Bertugas
Selamat menyertai keluarga BTM!!!
Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Untuk En Sham
BTM terlibat dalam Karnival Jalur Lebar di Felda Tersang, Raub, Pahang
Program EDU ini adalah aktiviti pembelajaran rekaan yang menggunakan Komputer dan perisian-perisian rekaan yang sesuai mengikut bidang. Antara tujuan EDU Rekaan ini adalah bagi mempekenalkan kepada anak-anak Felda Tersang ini tentang rekaan-rekaan yang dilakukan menggunakan komputer. Pihak BTM memainkan peranan penting dalam menjayakan program di karnival ini dalam menyediakan perisian-perisian yang sesuai bagi kegunaan tenaga pengajar dan pelajar.
Program EDU Rekaan ini dilakukan di Pusat Jalur LEbar Komuniti Felda Tersang 1 dan berlangsung selama 2 hari bermula pada sesi pertama iaitu pada 29 Mei 2010 pukul 2 petang hingga 4 petang dan sesi kedua adalah pada hari berikutnya 30 Mei 2010 bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi.
Kajian Inovasi Teknik Dyeing (Silk Yarn)
Syarikat ini adalah pakar dalam bidang pembuatan textile dan telah banyak membuat kajian tentang pembuatan textile untuk syarikat-syarikat lain di seruruh dunia. Menurut Pengarah Urusan syarikat ini En Philips, mereka banyak menerima kerjasama kajian antara pelajar universiti dan kolej dalam bidang textile. En Philips juga mempunyai pengalaman dalam bidang textile ini lebih daripada 20 tahun. Oleh itu, beliau banyak berkongsi ilmu dalam bidang textile bersama kami.
Kemudian sesi praktikal iaitu Pretreatment Proses Dyeing. Kami menggunakan silk yarn sebagai bahan kajian kami. Silk yarn tersebut dimasukkan ke dalam alat inovasi direndam ke dalam air 20 liter dengan suhu 90 degree. Kandungan air ini dicampurkan dengan alkali Espolon K-21 iaitu 2 gram per liter bersamaan 40 gram Espolon K-21. Kemudian dicampurkan alkali Texcol VA 50 iaitu 1 gram per liter bersamaan 20 gram Texcol VA 50. Setelah itu, Silk Yarn dibiarkan selama 30 minit di dalam alat inovasi ini dengan kawalan nilai PH 10 hingga PH 11 dan suhu yang tetap 90 degree. Proses ini adalah bertujuan untuk menyah unsur-unsur reactive semulajadi yang terdapat pada Silk Yarn tersebut.
Setelah 30 minit, proses seterusnya iaitu Cold Rinse untuk membuang unsur-unser reactive tersebut dan Silk Yarn tersebut dibilas.
Proses seterusnya adalah untuk meneultralkan Silk Yarn tersebut dengan direndam dengan air 20 liter. asid Buffer iaitu 2 gram per liter bersamaan 40 gram dilarutkan kedalam air, mula naikkan suhu sehingga 30 degree dan biarkan selama 15 minit.
Kemudia proses Cold Rinse dilakukan bagi mengeluarkan larutan asid Buffer sambil silk yarn dibilas. Proses Cold Rinse ini dilakukan sehingga mendapat nilai PH antara 6-7.
Lawatan Projek Inovasi PKKM Pulau Pinang
mekanisma pergerakan benang ini telah dibuat inovasi menggunakan tekanan angin. Ini bagi menggantikan cara tradisional dengan menekan padel kayu. Menurul penjelasan puan Umi, cara tradisional menggunakan banyak tenaga untuk menukar pergerakan benang kerana terpaksa memijak padel kayu tersebut dengan sekuat-kuatnya, apatah lagi jika kain tenunan sudah mencapai tahap penghabisan. Ini memaksa penenun memijak pedal kayu dengan tenaga yang maksimum. Dari innovasi kuasa angin ini, penenun hanya memijak padel dengan tenaga yang minimum. Dengan ini, penenun dapat meneruskan proses tenunan dengan hasil dan kualiti yang maksima kerana tenaga yang diperlukan hanyalah ketelitian semasa menenun dan bukan lagi tenaga semasa menukar mekanisma pergerakan benang.
Lawatan Kerja Ke Pulau Pinang (19 Januari 2010)
Perjalanan kami yang bertolak dari Ibu Pejabat mengambil masa lebih kurang 4 jam dan sampai di Penang lebih kurang pukul 1 tengah hari. Sementara menunggu pkul 2 ptg dan nizam yang datang dari Terenggu tiba, kami menjamu selera di Subaidah Nasi Kandar Seberang Jaya (tepi highway). Nasi Kandar Kuala Lumpur dan Penang memang berbeza terutama kuah kari nya. Harganya pun boleh dikatakan biasa saja. Antara pelanggan paling ramai di situ yg kami lihat adalah abang abang lori. maklumlah tepi highway.
Perjalanan kami seterusnya menuju ke Cawangan PKKM Pulau Pinang.
Kamus
Time
Labels
- Staff (15)
- umum (11)
- Comp. tips (5)
- acara (5)
- MS office (1)
- Virus ALERT (1)
- pc (1)
Recent Posts
Senarai Blog
-
Lensa Kraf Bil.44/20195 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SALAM RAMADHAN 1437 H8 years ago
-
-
-
-
-
Maklon Kosmetik9 years ago
-
-
RAMADHAN AL MUBARAK9 years ago
-
-
-
-
SALAM AIDILFITRI 2014.10 years ago
-
SALAM RAMADHAN10 years ago
-
Congratulations !11 years ago
-
-
-
-
Popular Posts
-
SPAM atau biasa disebut sebagai Junk Mail atau unsolicited bulk email ( UBE ) , adalah email yang tidak diinginkan oleh pengguna akaun ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Jadi tajuk hari ini berkaitan dengan apa itu Dropbox dan macam mana nak guna ? ...
-
Kompleks Kraf Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Dato’ Abdul Kadir, Seremban, Negeri Sembilan dengan rasminya ditutup mula...
-
Hari ini adalah hari terakhir bagi Zulkefli Abd Manan, pelajar praktikal bahagian kami. Majlis Perpisahan ini dimulakan dengan jamuan pagi.....