Lawatan Projek Inovasi PKKM Pulau Pinang
mekanisma pergerakan benang ini telah dibuat inovasi menggunakan tekanan angin. Ini bagi menggantikan cara tradisional dengan menekan padel kayu. Menurul penjelasan puan Umi, cara tradisional menggunakan banyak tenaga untuk menukar pergerakan benang kerana terpaksa memijak padel kayu tersebut dengan sekuat-kuatnya, apatah lagi jika kain tenunan sudah mencapai tahap penghabisan. Ini memaksa penenun memijak pedal kayu dengan tenaga yang maksimum. Dari innovasi kuasa angin ini, penenun hanya memijak padel dengan tenaga yang minimum. Dengan ini, penenun dapat meneruskan proses tenunan dengan hasil dan kualiti yang maksima kerana tenaga yang diperlukan hanyalah ketelitian semasa menenun dan bukan lagi tenaga semasa menukar mekanisma pergerakan benang.