0
Hari ICT KPKK
Bertempat
di Pusat Konvensyen Putrajaya, Hari ICT peringkat Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) diadakan yang melibatkan semua agensi di bawah
KPKK. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dan mendapat sambutan yang menggalakkan
dari warga KPKK.
Pameran
ICT dari semua agensi turut memeriahkan Hari ICT dengan pameran teknologi
terkini yang digunapakai di setiap agensi masing-masing. Majlis tersebut
dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri KamaruddinSiaraf, Ketua Setiausaha
KPKK dan disusuli dengan persembahan multimedia dan juga gimik pelancaran.
Seterusnya majlis penyampaian tiga anugerah olehYang Berbahagia Dato’ Sri
KamaruddinSiaraf kepada jabatan dan agensi iaitu :
1. Pengemaskinian Kandungan Portal/Laman Web RasmiKPKK dan
Jabatan/Agensi
2. Pelaksanaan
Sistem Pengurusan Aset
3. Penarafan
5 Bintang Portal/Laman Web Rasmi KPKK dan Jabatan/ Agensi
Kraftangan
Malaysia turut mendapat ketiga-tiga piala bagi anugerah tersebut.Majlis pada
sebelah petang disambung dengan seminar ICT
TheRoleof SKMM in CyberSecurity oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia, Landskap Keselamatan Siber 2012 Perspektif Malaysia oleh Cyber Security,Rahsia
Perniagaan di eBay oleh NS Consultation And Management (NSCM) dan Media Sosial
sebagai Medium Pemasaran olah MDeC.
Memeriahkan
Hari ICT, 70 hadiah cabutan bertuah disediakan dengan menawarkan pelbagai
hadiah menarik antaranya 10 buah komputer riba dan pelbagai hadiah ICT yang
lain. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang dan diharapkan majlis sebegini akan
diadakan lagi untuk memartabatkan ICT selaras dengan tema pada tahun ini ICT
Pemangkin Ke Arah Merakyatkan Perkhidmatan Awam.