0

Blok alamat IPv4 global telah habis digunakan

Posted by Asmah on 12:37 PM
Blok alamat IPv4 global telah habis digunakan pada Khamis, 3 Februari 2011. Pada hari tersebut, pihak IANA (The Internet Assigned Numbers Authority) telah mengagihkan lima blok terakhir /8 kepada setiap Regional Internet Registry (RIR).

Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh diperolehi daripada laman web APNIC berikut:

Perkara ini telah membuktikan bahawa kehausan alamat IPv4 bukanlah lagi satu mitos serta menyebabkan keperluan IPv6 menjadi semakin kritikal. Sehubungan dengan itu, pihak kami menyarankan agar Sektor Awam memulakan persediaan dan pelaksanaan IPv6 dengan kadar segera untuk memastikan peralihan terhadap IPv6 dapat berjalan dengan lancar.


0

5MB Hard Disk In 1956!

Posted by Asmah on 11:37 AM in
Its a hard disk in 1956.... The Volume and Size of 5MB memory storage in 1956. In September 1956 IBM launched the 305 RAMAC, the first computer with a hard disk drive (HDD). The HDD weighed over a ton and stored 5MB of data. Let us start appreciating your 4 GB jump drive!


source : http://popular-pics.com/Cool_Picture_Of_A_5MB_Hard_Disk_In_1956

2

selamat menjalani latihan praktikal

Posted by hafizsabri on 10:31 AM
pada 10 hb Januari, BTM telah menerima seorang ahli keluarga baru iaitu pelajar praktikal, Mohamad Dalalah dari Universiti Kuala Lumpur. Harapan kami, semoga anda dapat sesuaikan diri dengan suasana baru.

0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by hafizsabri on 7:37 PM

Kami warga Bahagian Teknologi Maklumat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia, Usahawan-usahawan Kraf, Pelajar-pelajar Kraf, syarikat-syarikat pembekal @perkhidmatan dan kepada semua yang mengenali diri kami.

0

Salam Ramadhan

Posted by Asmah on 9:34 AM in

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pengunjung blog BTM. Dikesempatan ini, kami semua ingin mengucapkan selamat berpuasa, semoga puasa kita mendapat keberkatan dariNya.Amin..

Sekadar berkongsi dan ingat mengingati..disini dikongsikan niat puasa dan doa berbuka puasa.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan


Lafaz Niat Puasa Sebulan


Doa Berbuka Puasa


Selamat bersahur, berbuka dan selamat beramal..

:)

0

Tahniah

Posted by Asmah on 3:34 PM in
ops..masih belum terlambat lagi rasanya nak ucap tahniah pada en Yusrizal dan Pn Hadiana yang mana masing-masing telah dilantik sebagai Pegawai Teknologi Maklumat kanan, F44 dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, F32. murah rezeki..

Semoga dengan lantikan ini, anda berdua lebih bersemangat untuk bekerja lebih keras lagi..
tahniah dari kami semua warga BTM

1

Selamat Pengantin Baru..Aizat

Posted by Asmah on 10:00 AM in


Sama segak, sama cantik..sama padan..tahniah kepada anggota kerja BTM  iaitu Khairul Aizat b. Mohd Noh yang telah melangsungkan perkahwinan pada 4 Julai 2010 di Kajang. Majlis sebelumnya, pada 26 hb Jun di Perak iaitu di rumah pengantin perempuan, juga telah selamat berlangsung. Ramai kawan-kawan yang datang untuk turut meraikan bersama hari bahagia kedua-dua mempelai. Tahniah Aizat dan isteri.


**gambar diambil dari facebook aizat..

0

Raikan Hari Keluarga Kraftangan Malaysia

Posted by Asmah on 4:50 PM in
Dengan tema, KELUARGA BAHAGIA, WARGA CERIA..sambutan hari keluarga peringkat Kraftangan Malaysia telah berlangsung dengan jaya nya pada 3 Julai 2010 di Agrotek, Hulu Langat..Walaupun acara bermula seawal jam 8 pagi dengan hujan renyai-renyai..tapi tetap diteruskan. Bermula dengan aktiviti senamrobik dan acara sukaneka untuk kanak-kanak serta orang dewasa. dan diselang seli kan dengan cabutan hadiah untuk staf dan bersambung selepas itu, dengan acara air..seterusnya makan tengahari dan cabutan bertuah. Oleh kerana kesuntukan masa, ada beberapa acara yang tidak dapat dijalankan, namun rata-rata yang hadir, semua berpuas hati. Semua warga kraf sangat sporting, tidak ketinggalan anggota kerja BTM yang turut menyertai hari keluarga ini. Ramai yang pulang dengan ceria, majoriti dari warga BTM sangat bertuah, kerana terpilih untuk menerima lucky draw.

Acara diakhiri dengan acara makan durian, khabarnya sebanyak 300 biji durian berjaya dikorbankan oleh warga Kraftangan.

Semoga acara begini akan diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang dan akan mendapat sambutan yang lebih hangat lagi dari warga kraftangan.

0

Pindah..pindah

Posted by Asmah on 4:23 PM in
Bermula 28 Julai 2010, kesemua staf IT yang sebelum ini ditempatkan di tingkat 1, Bangunan Seri Utama telah mula berkemas, kerana kami semua akan ditempatkan di tingkat 2 pula..Ini kerana tempat yang lama, tidak muat untuk menempatkan staf IT yang semakin bertambah
Kerja-kerja mengemas memakan masa 2-3 hari..


Bermula bulan Julai, kami mula bertugas di tempat baru, jiran-jiran baru..yang pasti walau dimana IT ditempatkan, kami tetap happening...hehe

0

Selamat Bertugas

Posted by Asmah on 4:12 PM in
Selamat Datang dan selamat bertugas kepada staff baru yang ditempatkan di Bahagian Teknologi Maklumat bermula 1 Jun 2010.Dua orang Juruteknik baru yang telah melapor diri ialah En. Mohd Anis b. Johari dan Puan Suhaibah bt Ibrahim serta seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, En Muhammad Syafiq b. Ishak.

Selamat menyertai keluarga BTM!!!

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.