Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Jadi tajuk hari ini berkaitan dengan apa itu Dropbox dan macam mana nak guna?
Apa itu Dropbox ?
Secara ringkasnya, Dropbox merupakan satu perisian percuma yang bertindak macam "poket doraemon".. iaitu tempat untuk anda simpan barang.. kenapa kami cakap macam poket doraemon, sebab kalau anda install software ni dekat dalam komputer atau laptop atau smart phone, anda boleh view file yang anda simpan dalam tu..
Contohnya, anda masukkan folder gambar perkahwinan anda dalam Dropbox yang telah anda install di komputer rumah, dan anda balik kampung dengan sebuah laptop yang anda sudah ada Dropbox, anda boleh kongsikan gambar tersebut dengan keluarga di kampung, tanpa perlu membawa salinan bersama..
Dropbox juga boleh digunakan jika anda nak share folder dalam Dropbox anda dengan kawan-kawan anda.. sebab nak hantar file yang 64MB guna email, memang tak lepas.. nak sewa server.. server mahal pulak, semata-mata nak guna untuk share folder je..
Macam mana install Dropbox?
- Mula-mula download Dropbox kat [SINI].
- Run file yang telah anda download dan ikut proses langkah demi langkah
- Register account dan anda perlu ingat emel dan kata laluan anda
Macam mana nak guna Dropbox?
- Selepas install.. anda akan nampak ada ikon Dropbox di tray bawah di sebelah kanan sebelah jam.
- Jikalau ikon itu ada simbol refresh warna biru, maksudnya file sedang di sync/upload
- Anda boleh rollover mouse anda di situ untuk mengetahui status file anda
- Jikalau ikon itu ada simbol tanda right warna hijau, ini bermaksud file anda sudah di sync/download..
Untuk simpan file tanpa ingin anda share dengan orang lain, anda boleh cipta folder dalam Dropbox, dan letakkan file dalam folder tersebut..
Dan kalau anda nak share dengan orang lain, anda klik kanan dekat folder anda dan pilih Dropbox > share this folder...