0

Raikan Hari Keluarga Kraftangan Malaysia

Posted by Asmah on 4:50 PM in
Dengan tema, KELUARGA BAHAGIA, WARGA CERIA..sambutan hari keluarga peringkat Kraftangan Malaysia telah berlangsung dengan jaya nya pada 3 Julai 2010 di Agrotek, Hulu Langat..Walaupun acara bermula seawal jam 8 pagi dengan hujan renyai-renyai..tapi tetap diteruskan. Bermula dengan aktiviti senamrobik dan acara sukaneka untuk kanak-kanak serta orang dewasa. dan diselang seli kan dengan cabutan hadiah untuk staf dan bersambung selepas itu, dengan acara air..seterusnya makan tengahari dan cabutan bertuah. Oleh kerana kesuntukan masa, ada beberapa acara yang tidak dapat dijalankan, namun rata-rata yang hadir, semua berpuas hati. Semua warga kraf sangat sporting, tidak ketinggalan anggota kerja BTM yang turut menyertai hari keluarga ini. Ramai yang pulang dengan ceria, majoriti dari warga BTM sangat bertuah, kerana terpilih untuk menerima lucky draw.

Acara diakhiri dengan acara makan durian, khabarnya sebanyak 300 biji durian berjaya dikorbankan oleh warga Kraftangan.

Semoga acara begini akan diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang dan akan mendapat sambutan yang lebih hangat lagi dari warga kraftangan.

0 Comments

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.