0

Lawatan Kerja Ke Pulau Pinang (19 Januari 2010)

Posted by hafizsabri on 10:44 PM
Hari ini kami daripada wakil Jawatan kuasa Teknologi Kraf melaksanakan lawatan kerja di Pulau Pinang selama 2 hari. Wakil Jawatan Teknologi Kraf yang terlibat adalah Hafiz dari Unit Teknikal Bhg Rekaan, Nizam dari Unit Teknikal Cawangan PKKM Terengganu dan Hafiz dari Bhg Teknologi Maklumat. Tidak lupa kepada abang Man kerana tanpanya, kami tidak akan ke Penang hari ni..

Perjalanan kami yang bertolak dari Ibu Pejabat mengambil masa lebih kurang 4 jam dan sampai di Penang lebih kurang pukul 1 tengah hari. Sementara menunggu pkul 2 ptg dan nizam yang datang dari Terenggu tiba, kami menjamu selera di Subaidah Nasi Kandar Seberang Jaya (tepi highway). Nasi Kandar Kuala Lumpur dan Penang memang berbeza terutama kuah kari nya. Harganya pun boleh dikatakan biasa saja. Antara pelanggan paling ramai di situ yg kami lihat adalah abang abang lori. maklumlah tepi highway.

Perjalanan kami seterusnya menuju ke Cawangan PKKM Pulau Pinang.

0 Comments

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.