0

Apa itu SPAM?



SPAM atau biasa disebut sebagai Junk Mail atau unsolicited bulk email (UBE), adalah email yang tidak diinginkan oleh pengguna akaun e-mel dalam bentuk surat, Instant MessagingUsenetnewsgroupscam, blog, iklan dan sebagainya. SPAM tidak diinginkan oleh pengguna komputer kerana ia biasanya berisi iklan dari perusahaan yang mengganggu keselesaan para pengguna web/e-mel. Kebiasaannya, SPAM dirasakan mengganggu apabila jumlah e-mel yang diterima adalah dalam jumlah yang banyak, sama atau hampir sama dan sentiasa berulang-ulang.

Kesan kemasukan SPAM

1.     Terbuang nya masa semata-mata untuk menghapus e-mel SPAM yang banyak.
2.   Mengakibatkan ruang inbox menjadi penuh, secara tak langsung menghalang kemasukan e-mel yang sah.
3.     Hard disk server menjadi penuh, mengakibatkan mail server tidak dapat menerima email lainnya.
4.    Menambahkan penggunaan Bandwidth talian internet, secara tak langsung menyebabkan talian menjadi semakin perlahan.
5.     Kemungkinan adanya Virus, Worms atau Trojan yang menyusup di dalam email SPAM (contoh; sebagai lampiran), boleh mengakibatkan kehilangan atau kebocoran maklumat seperti nombor Kad Kredit atau ID dan kata laluan sesuatu akaun. Akaun e-mel yang terdedah kepada Virus, Worms atau Trojan dari e-mel Spam juga mampu menduplikasikan SPAM-SPAM tersebut secara automatik dan menyebarkannya pula kepada senarai alamat e-mel yang ada di dalam Address book milik akaun e-mel yang dijangkiti.
6.     Mengklik pada pautan yang ada dalam e-mel SPAM boleh membawa pengguna ke laman web Phishing atau laman web yang menyimpan Malware.
7.     SPAM merupakan satu medium untuk  fraudsters menipu pengguna e-mel supaya memasukkan maklumat peribadi dalam  laman web palsu melalui e-mel yang direka kelihatan seakan-akan ianya dihantar oleh pihak bank atau organisasi, contohnya Maybank2uPayPal. Kaedah inilah yang dinamakan phishing.

Kaedah mengatasi SPAM

Pada dasarnya kita tidak mampu menghapuskan SPAM. Sehingga kini belum ada kaedah yang paling berkesan untuk menghilangkan SPAM 100% tetapi terdapat beberapa cara untuk menghalang dan mengurangkan kemasukannya. Kaedah yang banyak digunakan waktu ini adalah dengan mengaplikasikan teknologi penapisan SPAM, dipanggil Antispam. Aktifkan juga perisian Antivirus dan personal Firewall pada PC. Kebanyakan SPAM yang mengandung virus atau Trojan dapat mengganggu sistem dan fail dalam PC dan jaringan rangkaian.

Terdapat 2 situasi kebiasaannya wujud apabila Antispam digunakan. Sama ada e-mel yang sah dihalang dari diterima atau e-mel spam yang tidak ditapis kerana dianggap sebagai sah. Kedua-dua situasi ini dikenali sebagai False Positive dan False Negative.

Penapisan secara manual / individu (Menggunakan E-mel Warkah)

Langkah 1
Sekiranya masih terdapat SPAM yang memasuki inbox (False Negative), pengguna e-mel boleh mengaktifkan penapisan secara individu dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

Pilih e-mel yang dianggap sebagai SPAM dengan meng’highlight’ pada ruang seperti gambar rajah di bawah:



Dengan kaedah ini, e-mel sama yang akan diterima nanti akan dipindahkan ke dalam Folder Junk secara automatik dan disimpan selama 7 hari. Selepas 7 hari, e-mel tersebut akan dibuang secara automatik. Tempoh ditetapkan bagi memastikan pengguna boleh memeriksa semula e-mel SPAM tersebut sekiranya terdapat e-mel yang dianggap berguna.

Seterusnya, pengguna boleh menghalang terus kemasukan e-mel SPAM dan e-mel lain yang tidak dikehendaki dengan menggunakan kaedah di bawah:

Langkah 2
1.     Login ke akaun e-mel.

2.     Klik Preferences


3.     Klik Mail



4.     Scroll down ke bawah. Lihat pada Spam Mail Options. Pada bahagian ‘Block messages from:’ isikan alamat e-mel SPAM dalam ruang yang disediakan dan tekan butang Add.


5.     Tekan butang Save


6.     Selesai.

7.     Seandainya selepas mengaktifkan Langkah 2, didapati masih ada e-mel SPAM yang berjaya memasuki inbox pengguna, sila maklumkan kepada Pentadbir E-mel dengan meng’forward’kan e-mel SPAM tersebut kepada:

zulhelmi[at]kraftangan.gov.my
diana[at]kraftangan.gov.my 


PHISHING

Contoh 1
Di bawah adalah contoh paparan e-mel phishing, kononnya dihantar oleh pihak bank.



Perhatikan yang:
1.     Sebenarnya (1) bukan hyperlink atau tulisan tapi sebenarnya gambar.

2.     Bila pengguna gerakkan mouse (cursor)  ke (1), pengguna akan dapati alamat laman web https://update.bankofamerica.com  (1) tidak sepadan dengan alamat laman web yang tertera pada taskbar bertanda (2).

3.     Logo di (3) adalah 100% benar dan boleh diletakkan di situ dengan cara copy-paste daripada website sebenar.

Contoh 2



Contoh 3


Kebiasaannya apabila pengguna mengelik pada hyperlink yang diberikan, pengguna akan di bawa ke laman seperti gambar di bawah (Contoh 4).


Contoh 4


Gambar di atas menunjukkan antara muka untuk Login ke portal online banking maybank2u.com, namun apabila diperhatikan pada alamat url yang tertera pada address bar adalah tenisklinik.com/mbb/Security/Access.php

Mohon berhati-hati.


Subscribing E-mel

Terdapat banyak e-mel iklan dan promosi yang memasuki inbox pengguna disalah anggap sebagai SPAM. Selalunya e-mel iklan ini diterima disebabkan pengguna pernah mengisi apa-apa borang pendaftaran online di internet (yang mana kebiasaannya meminta pengguna mengisi alamat e-mel sendiri pada borang), secara tak langsung akan menerima e-mel update/promosi terkini secara mingguan atau bulanan (mailing). Sekiranya pengguna merasa e-mel tersebut tidak penting serta ingin menghalang daripada diterima lagi, pengguna hanya perlu klik butang/hyperlink Unsubscribe dan mengisi alamat e-mel pengguna dalam ruang yang disediakan sekiranya diminta. Selepas tempoh tertentu, pengguna tidak akan menerima lagi e-mel sedemikian.


Selepas Unsubscribe, pengguna akan dimaklumkan seperti mana di bawah



Contoh 2


Contoh 3



Email dari postmaster@kraftangan.gov.my mengenai Quota warning.

Seandainya pengguna menerima e-mel yang dihantar oleh Postmaster sebagaimana gambar di bawah, diingatkan bahawa ini bukanlah e-mel SPAM. Ia sebenarnya adalah e-mel yang dijana secara automatik oleh sistem bagi memberi peringatan tentang sesuatu perkara mustahak berkenaan akaun e-mel masing-masing, spt Your mailbox size has reached 1983.60MB, which is over 90% of your 2048.00MB quota.  Please delete some messages to avoid exceeding your quota. Maka dipohon anggota kerja membuat pembersihan dengan mendelete fail2 yg tidak lagi diperlukan dan perlu mengosongkan trash

Contoh, peti inbox yang hampir penuh.






Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.