0

Bagaimana Membuat Salinan Pendua Untuk Data Digital Anda?

Posted by syafiq on 8:20 AM in
Dengan arena digital yang semakin luas digunakan ramai, ia juga sekaligus menjadikan ramai menyimpan data di komputer, pelayan web, mahupun perkhidmatan awan.

Data Komputer

Pertama sekali, salah satu data utama yang perlu dibuat salinan pendua adalah semestinya fail dan data pada komputer anda. Pada hari ini, semua sistem operasi mempunyai sokongan membuat salinan pendua secara automatik, termasuk pada Windows, dan juga Mac OS X.

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai aplikasi dan perisian yang membantu dalam usaha untuk memudahkan tugasan anda membuat salinan pendua. Antaranya adalah termasuk EaseUS Todo Backup Free dan juga Macrium Reflect Free.



Google

Untuk perkhidmatan Google, para pengguna boleh menggunakan Google Takeout, dan memuat-turun pelbagai data peribadi mereka daripada perkhidmatan dan produk Google, termasuk daripada Blogger dan juga YouTube.

Layari : Google Takeout
Twitter

Twitter menyediakan kemudahan untuk pengguna memuat-turun arkib Tweet mereka, dan menyimpannya untuk digunakan ataupun dilayari menggunakan komputer mereka, walaupun tanpa akses internet.

Layari halaman tetapan > Tatal sehingga penghujung bawah halaman > Klik pada butang arkib Twitter.
iOS

Pengguna iOS boleh menyambungkan peranti mereka ke komputer, dan seterusnya membuat salinan pendua dengan menggunakan perisian iTunes.

BlackBerry & Windows Phone

Sama seperti pengguna iOS, untuk Windows Phone pengguna boleh menggunakan Zune, manakala untuk BlackBerry pula boleh menggunakan BlackBerry Link.

Peranti Samsung

Untuk peranti daripada Samsung, pengguna boleh menggunakan perisian Samsung Kies yang ditawarkan secara percuma oleh pihak Samsung.

Muat-Turun Samsung Kies
Facebook

Sama seperti Twitter, pihak Facebook juga membolehkan pengguna memuat-turun arkib data mereka melalui halaman tetapan akaun.

Layari halaman tetapan > Klik pada pautan untuk memuat-turun data Facebook pada bahagian kanan

Android

Untuk Android, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan kebolehan untuk membuat salinan pendua data, termasuk membolehkan pengguna membuat salinan SMS dan buku alamat mereka. Pengguna juga turut sama boleh menyambungkan peranti mereka ke komputer, dan membuat salinan pendua untuk data-data dan fail yang disimpan pada peranti mereka.

Sudahkah Anda Backup?

Jadi, itu adalah cara-cara ringkas untuk membuat salinan pendua data-data anda di perkhidmatan berasaskan web, mahupun pada peranti dan komputer anda.

(sumber artikel : amanz.my)

Links to this post

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.