0

Hari ICT KPKK

Posted by Asmah on 4:26 PM in ,








Bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya, Hari ICT peringkat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) diadakan yang melibatkan semua agensi di bawah KPKK. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dan mendapat sambutan yang menggalakkan  dari warga KPKK.

Pameran ICT dari semua agensi turut memeriahkan Hari ICT dengan pameran teknologi terkini yang digunapakai di setiap agensi masing-masing. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri KamaruddinSiaraf, Ketua Setiausaha KPKK dan disusuli dengan persembahan multimedia dan juga gimik pelancaran. Seterusnya majlis penyampaian tiga anugerah olehYang Berbahagia Dato’ Sri KamaruddinSiaraf kepada jabatan dan agensi iaitu :

1.      Pengemaskinian  Kandungan Portal/Laman Web RasmiKPKK dan Jabatan/Agensi
2.      Pelaksanaan Sistem Pengurusan Aset
3.      Penarafan 5 Bintang Portal/Laman Web Rasmi KPKK dan Jabatan/ Agensi

Kraftangan Malaysia turut mendapat ketiga-tiga piala bagi anugerah tersebut.Majlis pada sebelah petang disambung dengan seminar ICT  TheRoleof SKMM in CyberSecurity oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Landskap Keselamatan Siber 2012 Perspektif Malaysia oleh Cyber Security,Rahsia Perniagaan di eBay oleh NS Consultation And Management (NSCM) dan Media Sosial sebagai Medium Pemasaran olah MDeC.

Memeriahkan Hari ICT, 70 hadiah cabutan bertuah disediakan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya 10 buah komputer riba dan pelbagai hadiah ICT yang lain. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang dan diharapkan majlis sebegini akan diadakan lagi untuk memartabatkan ICT selaras dengan tema pada tahun ini ICT Pemangkin Ke Arah Merakyatkan Perkhidmatan Awam.




0

How Googles Works

Posted by Asmah on 8:47 AM in


0

Sesi Perkongsian Ilmu

Posted by Asmah on 9:53 AM in


Pada 23 Oktober yang lepas, satu sesi perkongsian ilmu telah diadakan dikalangan warga BTM oleh Puan Zurina. Beliau telah menghadiri kursus pangkalan data selama 2 minggu di INTAN TENGAH pada minggu sebelumnya. Sedikit sebanyak ilmu yang beliau perolehi sepanjang berkursus telah dikongsikan bersama rakan sekerja. Semoga masing-masing mendapat manfaatnya.

0

Apa itu Dropbox

Posted by syafiq on 2:50 PM in ,




Assalamualaikum dan salam sejahtera!



Jadi tajuk hari ini berkaitan dengan apa itu Dropbox dan macam mana nak guna?



Apa itu Dropbox ?


Secara ringkasnya, Dropbox merupakan satu perisian percuma yang bertindak macam "poket doraemon".. iaitu tempat untuk anda simpan barang.. kenapa kami cakap macam poket doraemon, sebab kalau anda install software ni dekat dalam komputer atau laptop atau smart phone, anda boleh view file yang anda simpan dalam tu.. 

Contohnya, anda masukkan folder gambar perkahwinan anda dalam Dropbox yang telah anda install di komputer rumah, dan anda balik kampung dengan sebuah laptop yang anda sudah ada Dropbox, anda boleh kongsikan gambar tersebut dengan keluarga di kampung, tanpa perlu membawa salinan bersama..


Dropbox juga boleh digunakan jika anda nak share folder dalam Dropbox  anda dengan kawan-kawan anda.. sebab nak hantar file yang 64MB guna email, memang tak lepas.. nak sewa server.. server mahal pulak, semata-mata nak guna untuk share folder je..



Macam mana install Dropbox?


  1. Mula-mula download Dropbox kat [SINI].
  2. Run file yang telah anda download dan ikut proses langkah demi langkah
  3. Register account dan anda perlu ingat emel dan kata laluan anda


Macam mana nak guna Dropbox?


  1. Selepas install.. anda akan nampak ada ikon Dropbox di tray bawah di sebelah kanan sebelah jam.
  2. Jikalau ikon itu ada simbol refresh warna biru, maksudnya file sedang di sync/upload
  3. Anda boleh rollover mouse anda di situ untuk mengetahui status file anda
  4. Jikalau ikon itu ada simbol tanda right warna hijau, ini bermaksud file anda sudah di sync/download..


Untuk simpan file tanpa ingin anda share dengan orang lain, anda boleh cipta folder dalam Dropbox, dan letakkan file dalam folder tersebut..



Dan kalau anda nak share dengan orang lain, anda klik kanan dekat folder anda dan pilih Dropbox > share this folder...





0

Dasar Keselamatan ICT (DKICT)

Posted by syafiq on 11:41 AM

0

Mesyuarat BTM Oktober 2012

Posted by syafiq on 10:10 AM
Bertempat di bilik persidangan IT, satu mesyuarat bahagian telah diadakan. Pelbagai isu-isu semasa berkaitan IT telah dibincangkan. Mesyuarat diakhiri dengan makan-makan yang disediakan oleh Pengarah BTM. Menu nasi dagang dan nasi kerabu:-D








0

Salam lebaran daripada BTM

Posted by syafiq on 12:58 AM

BTM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin serta Salam Merdeka 2012 kepada anda semua



0

Mesyuarat BTM bersama CIO

Posted by syafiq on 11:42 AM

Pada 8 Ogos 2012, satu mesyuarat telah diadakan di tingkat 1 bersama En Ramli bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa dan berbangkit mengenai IT




0

Kaunter Media Sosial Usahawan Kraf @ PKK 2012

Posted by Asmah on 1:30 PM in ,



Sempena Promosi Kerja Kahwin 2012 yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dari 20 Jun - 2 Julai 2012, Unit  Pembangunan Sistem dan Pangkalan Data BTM telah membuka kaunter media sosial sebagai alternatif untuk membantu usahawan-usahawan kraf membuka akaun facebook, twitter dan juga emel untuk membantu mereka membuat pemasaran produk-produk kraf menggunakan rangkaian media sosial.

Petugas-petugas dari bahagian IT akan bergilir-gilir bertugas di kaunter sepanjang promosi ini berlangsung. Bagi yang ingin mendapatkan keterangan lanjut..kunjungi kami di kaunter media sosial. Kami sedia membantu anda :)

*live update dari kaunter :)

0

Outing ke Bagan Lalang

Posted by Asmah on 11:05 AM in
Pada sabtu yang lepas, warga IT telah mengadakan family day di Bagan Lalang. Kami menyewa di sebuah homestay disana . oleh kerana dah lama sangat kami tidak beraktiviti..so kami decide untuk amik homestay sebagai port buat bbq..

Oleh kerana ni adalah family day, pada yang berkeluarga..masing-masing datang dengan keluarga masing-masing..memang meriah dengan makanan dan orang-orangnya.
Antara menu yang ade..kambing bakar, ayam bakar, sosej, crabstik, mashed potato,bihun, buah-buahan, jajan dan air sarsi
kambing dan hadiah lucky draw disponsor oleh bos..tenkiu bos...

Jom layan gambar

pembakar kambing..hehe

40 kg daging kambing

antara yang hadir


kanak-kanak bermain riang..pastu gaduh..hehe

pn zurina tengah buat keje sambil pose

lucky draw..lucky draw!!

masak ke makan tuh



yummsss


en sham dan famili

antara anak2 warga IT





0

Mesyuarat Bahagian

Posted by Asmah on 12:28 PM in ,
Satu mesyuarat bahagian telah diadakan pagi tadi, bermula jam 9.30 pagi. Tempatnya kat bilik stor kitorg je..kali terakhir mesyuarat bahagian ialah pada 24 april yang lalu. Mesyuarat membincangkan isu-isu berbangkit dan isu-isu semasa termasuk perancangan family day IT..yeaa..dimana..tungguuuu

Mesyuarat berakhir jam 10.30 pagi dengan dateline2 yang perlu disiapkan mengikut tugasan masing-masing..buat jangan tak buat yer sume



0

Tambah Lagi Bayi 2012

Posted by syafiq on 11:59 PM
Tahniah diucapkan kepada Pn Syamsiah Dhohari  kerana telah selamat melahirkan bayi lelaki dan Pn Asmah Abdullah kerana telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 30 dan 31 Januari 2012 di Hospital Serdang. Mereka akan kembali bertugas sekitar bulan April 2012. Semoga kelahiran baru ini akan menambahkan rezeki mereka sekeluarga,

0

Takziah

Posted by syafiq on 11:53 PM
Bahagian Teknologi Maklumat mengucapkan takziah kepada bapa En. Ahzarisham Bin Ahmad @ Sa'il yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.

0

Bayi 2012

Posted by Asmah on 12:44 PM in
Tahniah kepada Puan Suhaibah bt Ibrahim yang telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 9 Januari 2012 di Hospital UKM. Bayi yang dilahirkan seberat 4.01 kg..dilahirkan secara normal. Alhamdulillah semua telah selamat, sekarang beliau sedang berpantang selama 3 bulan dan akan kembali bertugas 7 April 2012 nanti.



Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.