0

Blok alamat IPv4 global telah habis digunakan

Posted by Asmah on 12:37 PM
Blok alamat IPv4 global telah habis digunakan pada Khamis, 3 Februari 2011. Pada hari tersebut, pihak IANA (The Internet Assigned Numbers Authority) telah mengagihkan lima blok terakhir /8 kepada setiap Regional Internet Registry (RIR).

Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh diperolehi daripada laman web APNIC berikut:

Perkara ini telah membuktikan bahawa kehausan alamat IPv4 bukanlah lagi satu mitos serta menyebabkan keperluan IPv6 menjadi semakin kritikal. Sehubungan dengan itu, pihak kami menyarankan agar Sektor Awam memulakan persediaan dan pelaksanaan IPv6 dengan kadar segera untuk memastikan peralihan terhadap IPv6 dapat berjalan dengan lancar.


Links to this post

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.