0

Tahniah

Posted by Asmah on 3:34 PM in
ops..masih belum terlambat lagi rasanya nak ucap tahniah pada en Yusrizal dan Pn Hadiana yang mana masing-masing telah dilantik sebagai Pegawai Teknologi Maklumat kanan, F44 dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, F32. murah rezeki..

Semoga dengan lantikan ini, anda berdua lebih bersemangat untuk bekerja lebih keras lagi..
tahniah dari kami semua warga BTM

Links to this post
1

Selamat Pengantin Baru..Aizat

Posted by Asmah on 10:00 AM in


Sama segak, sama cantik..sama padan..tahniah kepada anggota kerja BTM  iaitu Khairul Aizat b. Mohd Noh yang telah melangsungkan perkahwinan pada 4 Julai 2010 di Kajang. Majlis sebelumnya, pada 26 hb Jun di Perak iaitu di rumah pengantin perempuan, juga telah selamat berlangsung. Ramai kawan-kawan yang datang untuk turut meraikan bersama hari bahagia kedua-dua mempelai. Tahniah Aizat dan isteri.


**gambar diambil dari facebook aizat..

Links to this post
0

Raikan Hari Keluarga Kraftangan Malaysia

Posted by Asmah on 4:50 PM in
Dengan tema, KELUARGA BAHAGIA, WARGA CERIA..sambutan hari keluarga peringkat Kraftangan Malaysia telah berlangsung dengan jaya nya pada 3 Julai 2010 di Agrotek, Hulu Langat..Walaupun acara bermula seawal jam 8 pagi dengan hujan renyai-renyai..tapi tetap diteruskan. Bermula dengan aktiviti senamrobik dan acara sukaneka untuk kanak-kanak serta orang dewasa. dan diselang seli kan dengan cabutan hadiah untuk staf dan bersambung selepas itu, dengan acara air..seterusnya makan tengahari dan cabutan bertuah. Oleh kerana kesuntukan masa, ada beberapa acara yang tidak dapat dijalankan, namun rata-rata yang hadir, semua berpuas hati. Semua warga kraf sangat sporting, tidak ketinggalan anggota kerja BTM yang turut menyertai hari keluarga ini. Ramai yang pulang dengan ceria, majoriti dari warga BTM sangat bertuah, kerana terpilih untuk menerima lucky draw.

Acara diakhiri dengan acara makan durian, khabarnya sebanyak 300 biji durian berjaya dikorbankan oleh warga Kraftangan.

Semoga acara begini akan diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang dan akan mendapat sambutan yang lebih hangat lagi dari warga kraftangan.

Links to this post
0

Pindah..pindah

Posted by Asmah on 4:23 PM in
Bermula 28 Julai 2010, kesemua staf IT yang sebelum ini ditempatkan di tingkat 1, Bangunan Seri Utama telah mula berkemas, kerana kami semua akan ditempatkan di tingkat 2 pula..Ini kerana tempat yang lama, tidak muat untuk menempatkan staf IT yang semakin bertambah
Kerja-kerja mengemas memakan masa 2-3 hari..


Bermula bulan Julai, kami mula bertugas di tempat baru, jiran-jiran baru..yang pasti walau dimana IT ditempatkan, kami tetap happening...hehe

Links to this post

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.