0

BTM terlibat dalam Karnival Jalur Lebar di Felda Tersang, Raub, Pahang

Posted by hafizsabri on 10:16 AM
Karnival Jalur Lebar di Felda Tersang, Raub, Pahang ini adalah anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Pahang. Karnival ini berlangsung selama 2 hari iaitu 29 hingga 30 Mei 2010. Kraftangan Malaysia cawangan Pahang secara langsung terlibat bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Antara aktiviti yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang adalah promosi jualan dan EDU Rekaan.

Program EDU ini adalah aktiviti pembelajaran rekaan yang menggunakan Komputer dan perisian-perisian rekaan yang sesuai mengikut bidang. Antara tujuan EDU Rekaan ini adalah bagi mempekenalkan kepada anak-anak Felda Tersang ini tentang rekaan-rekaan yang dilakukan menggunakan komputer. Pihak BTM memainkan peranan penting dalam menjayakan program di karnival ini dalam menyediakan perisian-perisian yang sesuai bagi kegunaan tenaga pengajar dan pelajar.

Program EDU Rekaan ini dilakukan di Pusat Jalur LEbar Komuniti Felda Tersang 1 dan berlangsung selama 2 hari bermula pada sesi pertama iaitu pada 29 Mei 2010 pukul 2 petang hingga 4 petang dan sesi kedua adalah pada hari berikutnya 30 Mei 2010 bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi.

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.