0

Lawatan Projek Inovasi PKKM Pulau Pinang

Posted by hafizsabri on 10:54 PM
Lawatan pertama kami pada hari ini adalah Projek Inovasi PKKM Pulau Pinang terhadap alat Tenun Songket Pahang. Projek ini adalah di bawah penyeliaan Jawatan Kuasa Teknologi Kraf yang di ketuai oleh Unit Teknikal. Wakil dari Jawatan Kuasa ini adalah Hafiz dari Unit Teknikal Bhg Rekaan, Nizam dari Unit Teknikal Cawangan Terengganu dan Hafiz dari Bhg Teknologi Maklumat. Kami bertiga diberi penerangan secara mendalam oleh puan Umi Kalsum.



mekanisma pergerakan benang ini telah dibuat inovasi menggunakan tekanan angin. Ini bagi menggantikan cara tradisional dengan menekan padel kayu. Menurul penjelasan puan Umi, cara tradisional menggunakan banyak tenaga untuk menukar pergerakan benang kerana terpaksa memijak padel kayu tersebut dengan sekuat-kuatnya, apatah lagi jika kain tenunan sudah mencapai tahap penghabisan. Ini memaksa penenun memijak pedal kayu dengan tenaga yang maksimum. Dari innovasi kuasa angin ini, penenun hanya memijak padel dengan tenaga yang minimum. Dengan ini, penenun dapat meneruskan proses tenunan dengan hasil dan kualiti yang maksima kerana tenaga yang diperlukan hanyalah ketelitian semasa menenun dan bukan lagi tenaga semasa menukar mekanisma pergerakan benang.

Teknik Penukaran Benang secara Tradisional

Teknik Mekanisma Penukaran Benang Secara Tekanan Angin






























































0 Comments

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.