0

Kajian Inovasi Teknik Dyeing (Silk Yarn)

Posted by hafizsabri on 11:28 PM
Hari ini 20 Januari, kami Jawatan Kuasa Teknologi Kraf telah dijemput oleh Texchem Malaysia Sdn Berhad untuk melakukan sendiri secara praktikal mengguna alat inovasi yang bangunkan dengan kerjasama Jawatan Kuasa Teknologi Kraf Kraftangan Malaysia.

Syarikat ini adalah pakar dalam bidang pembuatan textile dan telah banyak membuat kajian tentang pembuatan textile untuk syarikat-syarikat lain di seruruh dunia. Menurut Pengarah Urusan syarikat ini En Philips, mereka banyak menerima kerjasama kajian antara pelajar universiti dan kolej dalam bidang textile. En Philips juga mempunyai pengalaman dalam bidang textile ini lebih daripada 20 tahun. Oleh itu, beliau banyak berkongsi ilmu dalam bidang textile bersama kami.

Taklimat awal telah diberi oleh En Philips sendiri pada hari sebelumnya sebelum memulakan sesi teori dan praktikal pada hari ini. Sesi teori yang bermula pada pagi, En Philips menjelaskan proses pembuatan kain daripada cotton, yarn, pretreatment sehingga proses finishing menjadi kain. kemudian En Philips menerangkan jenis-jenis teknik dyeing iaitu Direct Dyeing, Reaktive Dyeing, Vat Dyeing, Dispense Dyeing dan Acid Dyeing.

Kemudian sesi praktikal iaitu Pretreatment Proses Dyeing. Kami menggunakan silk yarn sebagai bahan kajian kami. Silk yarn tersebut dimasukkan ke dalam alat inovasi direndam ke dalam air 20 liter dengan suhu 90 degree. Kandungan air ini dicampurkan dengan alkali Espolon K-21 iaitu 2 gram per liter bersamaan 40 gram Espolon K-21. Kemudian dicampurkan alkali Texcol VA 50 iaitu 1 gram per liter bersamaan 20 gram Texcol VA 50. Setelah itu, Silk Yarn dibiarkan selama 30 minit di dalam alat inovasi ini dengan kawalan nilai PH 10 hingga PH 11 dan suhu yang tetap 90 degree. Proses ini adalah bertujuan untuk menyah unsur-unsur reactive semulajadi yang terdapat pada Silk Yarn tersebut.

Setelah 30 minit, proses seterusnya iaitu Cold Rinse untuk membuang unsur-unser reactive tersebut dan Silk Yarn tersebut dibilas.

Proses seterusnya adalah untuk meneultralkan Silk Yarn tersebut dengan direndam dengan air 20 liter. asid Buffer iaitu 2 gram per liter bersamaan 40 gram dilarutkan kedalam air, mula naikkan suhu sehingga 30 degree dan biarkan selama 15 minit.

Kemudia proses Cold Rinse dilakukan bagi mengeluarkan larutan asid Buffer sambil silk yarn dibilas. Proses Cold Rinse ini dilakukan sehingga mendapat nilai PH antara 6-7.





















0 Comments

Copyright © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.